Warga emas jadi selebriti Youtube pada usia 60 tahun

Daddy Arumugam yang terkenal kerana video masakannya menjadi sensasi Youtube pada usia 60 tahun. - Foto Youtube Village food factory
Daddy Arumugam yang terkenal kerana video masakannya menjadi sensasi Youtube pada usia 60 tahun. - Foto Youtube Village food factory
A
A
A

NEW DELHI - Usia bukan penghalang untuk mencapai kejayaan. Begitulah yang terjadi kepada seorang warga emas dari India yang menjadi selebriti Youtube pada usia 60 tahun.

Daddy Arumugam yang dianugerahkan bakat memasak menjadi terkenal gara-gara videonya memasak dalam kuantiti banyak selain sering menggunakan resipi dan kaedah tradisional India.

Hasil kerja keras dan bantuan anaknya, Gopinath yang memuat naik video masakannya ke saluran Youtube di bawah nama Village food factory, Daddy Arumugam kini mampu menjana pendapatan lumayan.

Namun, kejayaan tidak datang dengan mudah ujar lelaki ini yang mengakui pernah melakukan pelbagai jenis pekerjaan demi mencari rezeki.

Malah, perniagaan kedai makan yang pernah diusahakan di kampung halamannya di Tamil Nadu juga gagal.

Meskipun telah popular, Daddy Arumugam tidak melupakan kepayahan yang pernah ditempuh dan seringkali mendermakan makanan yang dimasaknya kepada mereka yang memerlukan dan ia membuat dirinya berasa gembira. - Agensi

Artikel Berkaitan: