Tiga sekolah di Kuala Selangor ditutup 3 hari

No Image Caption
A
A
A

KUALA SELANGOR - Tiga sekolah di daerah Kuala Selangor ditutup tiga hari bermula hari ini berikutan bangunan sekolah tersebut dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dalam satu kenyataan memaklumkan, sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang, SK Ijok dan SK Pasangan.

"Penutupan sekolah itu bermula hari ini sehingga Jumaat ini sebagai maklum balas dari arahan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Selangor untuk kegunaan PPS.

"Semua sekolah yang terlibat diingatkan mengambil tindakan selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)," memetik kenyataan itu.

Beberapa PPS dibuka susulan banjir melanda di Kuala Selangor sejak 25 Oktober lalu susulan fenomena air pasang besar disusuli hujan lebat.

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS mencatatkan peningkatan apabila seramai 873 mangsa atau 282 keluarga terpaksa dipindahkan akibat bencana itu sehingga jam 2 petang tadi.

Artikel Berkaitan: