Budak 11 tahun bergelut dengan buaya untuk selamatkan rakan

Gambar hiasan
A
A

HARARE - Seorang kanak-kanak berusia 11 dari Zimbabwe, Afrika berjaya 'menumpaskan' seekor buaya besar dengan melompat di belakang dan mencungkil matanya bagi menyelamatkan rakannya daripada dibaham reptilia itu.

Menurut laporan media tempatan, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, Latoya Muwani, diserang oleh buaya ketika berenang bersama enam lagi teman-temannya di Sinderela.

Salah seorang kanak-kanak yang turut berada di tempat kejadian, Rebecca Munkombwe, kemudian melompat di belakang buaya itu apabila dia mendengar jeritan Muwani ketika reptilia itu menariknya.

"Saya paling tua di kalangan semua kanak-kanak yang berenang, jadi saya merasakan bertanggungjawab untuk menyelamatkannya," katanya buaya itu telah berjaya menarik tangan dan kakinya Muwani ketika itu.

Rebecca bergelut dengan reptila itu dengan perasaan sangat marah dan mencungkil mata buaya itu sehingga cengkamannya pada kanak-kanak itu dilonggarkan.

"Selepas Muwani dilepaskan, saya berenang dengannya ke daratan. Buaya tidak menyerang kami lagi," katanya ketika kejadian mereka sudah ingin beransur pulang ke gigi air kecuali Muwani.

Munkombwe tidak cedera tetapi rakannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Jururawat memberitahu pihak media tempatan bahawa Muwani mengalami kecederaan ringan.

Ayahnya, Fortune Muwani berkata, dia berrsyukur kepada Tuhan.

"Muwani pulih dengan baik... Dan kami menjangkakan dia akan dapat keluar tidak lama lagi," katanya. - Agensi