Dua cedera, seorang parah lori terbalik

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto JBPM
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto JBPM
A
A
A

MUADZAM SHAH - Dua lelaki dilaporkan cedera dengan seorang parah selepas lori dinaiki terbabas dan terbalik di Jalan Muadzam Shah-Segamat di sini petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan memaklumkan, Pusat Gerakan Operasi JBPM Pahang menerima panggilan kecemasan jam 3.34 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah telah di arahkan ke lokasi.

Menurutnya, berdasarkan laporan komander operasi, seorang mangsa cedera ringan dan dikeluarkan orang awam sebelum jentera bomba tiba di lokasi.

"Seorang lagi mangsa yang tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat.

"Mangsa mengalami patah kaki sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: