Mangsa banjir di Kuala Selangor meningkat

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Kuala Selangor mencatatkan peningkatan sejak mula dibuka.
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Kuala Selangor mencatatkan peningkatan sejak mula dibuka.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuala Selangor mencatatkan peningkatan apabila seramai 873 orang mangsa daripada 282 keluarga terpaksa dipindahkan akibat bencana itu sehingga jam 2 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang kini dihuni 604 orang daripada 167 buah keluarga berbanding 600 orang daripada jumlah keluarga sama semalam.

Menurutnya, PPS di SK Jaya Setia masih menempatkan 47 orang mangsa daripada 16 keluarga manakala PPS SK Ijok menempatkan 72 orang mangsa daripada 49 keluarga.

“PPS di SK Pasangan pula masih menempatkan 150 mangsa daripada 50 keluarga sejak dibuka Isnin lalu.

“Daripada keseluruhan mangsa yang dipindahkan, seramai 463 orang adalah wanita manakala selebihnya 410 adalah lelaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan fenomena air pasang besar disusuli hujan lebat mengakibatkan Kampung Tanjung Siam di sini dilimpahi air setinggi 0.5 meter.

Ia menyebabkan sebuah lagi PPS iaitu di SK Pasangan terpaksa dibuka Isnin lalu untuk menempatkan mangsa yang terjejas akibat bencana itu.

Artikel Berkaitan: