Johor pandang serius pencemaran sungai jejaskan bekalan air

Jimmy Puah (tiga, kanan) ketika melakukan lawatan kerja ke Empangan Congok dan LRA Tenglu, Mersing, semalam.
Jimmy Puah (tiga, kanan) ketika melakukan lawatan kerja ke Empangan Congok dan LRA Tenglu, Mersing, semalam.
A
A
A

MERSING - Kerajaan Johor dan Bakaj akan berjumpa syarikat lombong pasir yang dipercayai menjadi punca berlakunya gangguan air yang melanda Taman Desa Tebrau dan kawasan berdekatan lain di Johor Bahru sejak Selasa lalu.

Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, perjumpaan itu dijangka akan dibuat pada Ahad ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan memberi dua pilihan sama ada denda mahupun alternatif lain terhadap syarikat yang mempunyai lesen itu.

"Saya tegaskan di sini Kerajaan Johor memandang serius, kita akan ambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan sesiapa yang mencemar Sungai Johor walau di mana pun terutama yang menyebabkan gangguan bekalan air untuk rakyat akan dikenakan tindakan tegas.

"Kita tidak mahu ia berulang lagi. Kalau kita boleh selesaikan isu pencemaran, gangguan air tidak akan berlaku. Saya memberi jaminan kepada rakyat Johor kerajaan negeri akan ambil tindakan segera,"katanya.

Terdahulu, kira-kira 3,000 rumah di Taman Desa Tebrau dan kawasan berdekatan lain di Johor Bahru dapat menikmati semula bekalan air bersih selepas dipulihkan selepas terganggu lebih daripada 30 jam.

Difahamkan, aktiviti perlombongan pasir di sepanjang Sungai Johor menyebabkan pencemaran itu berlaku sehingga mengganggu bekalan air ke kawasan yang terjejas.

Artikel Berkaitan: