Pemandu lori mogok: Kesatuan Pekerja Pengangkutan tiada maklumat

Zainal Rampak
Zainal Rampak
A
A
A

SHAH ALAM - Kesatuan Pekerja Pekerja Pengangkutan (Semenanjung Malaysia) tiada maklumat mengenai rancangan kumpulan pemandu lori dikatakan mengugut bakal melancarkan mogok besar-besaran esok.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Zainal Rampak berkata, pihaknya juga tidak dimaklumkan mengenai syarat baharu berhubung kesihatan diri terhadap pemandu lori yang ingin memperbaharui lesen memandu.

"Namun, kita membantah sekiranya kerajaan berhasrat untuk meletakkan syarat baharu pembaharuan lesen yang dikatakan memerlukan keputusan pemeriksaan kesihatan," katanya yang dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada rancangan kumpulan pemandu lori yang mengugut bakal melancarkan mogok besar-besaran Khamis ini bagi membantah penguatkuasaan syarat baharu pembaharuan lesen itu.

Mengulas lanjut, Zainal berharap syarat kelayakan yang dikuat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak 1994, seperti termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 dapat terus dikekalkan.

Terdahulu, Kementerian Pengangkutan menafikan ada mengenakan syarat baharu berhubung kesihatan diri terhadap pemandu lori ingin memperbaharui lesen memandu seperti tular di media sosial.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, proses pembaharuan lesen untuk setiap pemandu lori adalah sama seperti prosedur biasa, tanpa ada sebarang perubahan.

Artikel Berkaitan: