Lelaki mabuk rebah dekat tokong Cina

APM dan orang awam membantu mangsa dipercayai mabuk yang tiba-tiba rebah berhampiran sebuah tokong Cina di Pekan Bestari Jaya semalam.
APM dan orang awam membantu mangsa dipercayai mabuk yang tiba-tiba rebah berhampiran sebuah tokong Cina di Pekan Bestari Jaya semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki dipercayai mabuk tiba-tiba rebah berhampiran sebuah tokong Cina di Pekan Bestari Jaya di sini semalam.

Kejadian jam 8.30 pagi itu disedari sekumpulan Anggota Pertahan Awam (APM) yang kebetulan dalam perjalanan ke pusat pemindahan banjir di Kampung Jaya Setia.

Pegawai Pasukan APM Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, seramai lima anggota kemudiannya bergegas ke tempat kejadian.

"Saya nampak orang ramai berkerumun dan saya meminta rakan menuju ke lokasi kejadian kerana bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini.

"Sejurus tiba di tempat kejadian lelaki terbabit masih sedarkan diri dan kami terus membuat bantuan kecemasan.

"Lelaki terbabit kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bestari Jaya untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: