Bos saya pun umur 94 tahun, calon PH jawab UMNO

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor ketika memperkenalkan calon PH Karmaine Sardini, 66, untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dan pelancaran jentera PRK Tanjung Piai di Dewan Hai Kee Hall Batu 34 Pontian kelmarin. - Foto Bernama
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor ketika memperkenalkan calon PH Karmaine Sardini, 66, untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dan pelancaran jentera PRK Tanjung Piai di Dewan Hai Kee Hall Batu 34 Pontian kelmarin. - Foto Bernama
A
A
A

PONTIAN - "Bos saya (Perdana Menteri) yang usianya 94 tahun itu pun masih jadi pemimpin dunia," kata calon Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66.

Karmaine berkata, beliau langsung tidak kisah apabila pihak pembangkang pada masa ini menjadikan soal usia sebagai bahan politik.

"Satu cabaran untuk saya apabila faktor umur dipertikaikan ramai pihak termasuk rakan saya, Hasni (Datuk Ir Hasni Mohamad).

"Sedikit pun kata-katanya tidak akan melemahkan semangat saya untuk terus berjuang," katanya ketika ditemui hari ini.

Pada Isnin lalu, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad sewaktu majlis pelancaran jentera Barisan Nasional (BN) bagi PRK Parlimen Tanjung Piai dipetik berkata “calon mereka saya kira 66 tahun, tahun depan 67 tahun, saya harap kita tiada PRK lagi. Penat PRK ni.”

Karmaine Sardini, 66 yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu majlis memperkenalkan calon dan perasmian jentera PH di Dewan Kai Hee, Isnin lalu.

Karmaine berkata, kelebihan sebagai orang tempatan dan pernah berkhidmat sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Telok Kerang, Pontian (1973-1977) membuatkan dirinya penduduk tempatan di sini.

Mengenai dakwaan miliki sijil palsu, Karmaine Sardini mempertahankan kelulusannya sebagai bekas arkitek walaupun dipertikaikan beberapa pihak.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dakwaan itu tidak berasas dan hanya mahu dijadikan isu menjelang PRK Parlimen Tanjung Piai.

Beliau menegaskan, beliau memperoleh Diploma Lanjutan Seni Bina itu pada tahun 80-an, sewaktu Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika itu dikenali sebagai Institut Teknologi Mara (ITM).

Kelulusan berkenaan yang setaraf dengan Sarjana Muda (Ijazah) membolehkan beliau menjadi arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selepas itu.

Semalam, ada pihak menerusi media sosial mempertikaikan kelulusan Karmaine sebagai arkitek kerana kononnya namanya tidak ada dalam pangkalan data Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] PRK Tanjung Piai: Arkitek calon PH

'Ajal, maut di tangan ALLAH'