Ratusan beruang koala dikhuatiri mati terbakar

Pegawai bomba bekerja keras memadamkan kebakaran berhampiran Forster, New South Wales, Australia, sejak Sabtu lalu. - FOTO: EPA-EFE
Pegawai bomba bekerja keras memadamkan kebakaran berhampiran Forster, New South Wales, Australia, sejak Sabtu lalu. - FOTO: EPA-EFE
A
A
A

SYDNEY - Beratus -ratus beruang koala dikhuatiri mati terbakar dalam kebakaran hutan di pantai timur Australia, kata pihak berkuasa hidupan liar hari ini.

Kebakaran hutan dipercayai berpunca daripada panahan petir Sabtu lalu, kira-kira 400 kilometer di utara Sydney sehingga kini sudah memusnahkan kawasan melebihi 2,000 hektar termasuk kawasan pembiakan koala penting. Bagaimanapun, pihak berkuasa juga berusaha mengawal ia daripada terus merebak.

Penyelamat hidupan liar di utara New South Wales kini berdepan kebimbangan ia akan memusnahkan populasi spesies beruang koala jarang ditemui yang tinggal di lokasi kebakaran.

Presiden Hospital Koala Port Macquarie, Sue Ashton berkata, ia adalah satu tragedi yang merugikan kerana populasi beruang koala ini amat unik.

Beliau bimbang ratusan haiwan berkenaan maut dalam kebakaran itu.

"Banyak koala sedang membesar... Jadi kehilangan sebahagian besar haiwan itu sangat dahsyat.

"Walaupun koala dapat mengelakkan api, mereka boleh membakar kaki kerana mereka ketika memanjat dari pokok-pokok yang membara, yang boleh menyebabkan mereka tidak dapat memanjat semula dengan betul," katanya.

Penerokaan tanah dan pembangunan sejak bertahun lalu memusnahkan habitat asal koala, menyebabkan kurang jalinan perhubungan antara populasi, peningkatan pembiakan dalaman dan pengurangan kepelbagaian genetik haiwan terbabit.

Artikel Berkaitan:

Lebih daripada 70 kebakaran terus merebak merentasi New South Wales yang turut berdepan masalah kemarau ketika ini.

Pihak berkuasa berkata, keadaan semakin dapat dikawal berhampiran Port Macquarie dengan penggunaan lori tangki air untuk memadamkan api. - Agensi