PATI tinggal dalam rumah diubah suai

Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah di sekitar daerah Klang baru-baru ini.
Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah di sekitar daerah Klang baru-baru ini.
A
A
A

KLANG - Tinggal di dalam rumah yang diubah suai secara haram dengan tambahan beberapa buah bilik. Itu antara kesalahan yang dilakukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan berjaya dikesan menerusi Ops Bersepadu Cegah Jenayah sempena perayaan Deepavali di sekitar daerah Klang di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, operasi yang masih berjalan bermula pada 21 Oktober hingga hari ini berjaya menahan 70 individu termasuk 17 wanita atas pelbagai kesalahan iaitu dadah, jenayah dan imigresen.

"Operasi ini mensasarkan lokasi tumpuan iaitu Bukit Tinggi, Taman Sentosa, Taman Sri Andalas dan Jalan Tengku Kelana.

"Jumlah tangkapan itu adalah hasil pemeriksaan terhadap lebih 1,128 individu. Selain itu, sebanyak 965 buah kenderaan juga telah diperiksa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan hari ini.

Operasi tersebut turut melibatkan kerjasama daripada agensi penguatkuasa lain seperti Majlis Perbandaran Klang, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Shamsul Amar (tengah) menunjukkan laporan tangkapan Ops Bersepadu Cegah Jenayah sempena perayaan Deepavali di sekitar daerah Klang baru-baru ini.
Shamsul Amar (tengah) menunjukkan laporan tangkapan Ops Bersepadu Cegah Jenayah sempena perayaan Deepavali di sekitar daerah Klang baru-baru ini.

Shamsul Amar berkata, kesemua tangkapan terbabit disiasat mengikut Kanun Keseksaan, Akta Imigresen serta Akta Dadah Berbahaya selepas dipercayai terlibat dalam jenayah curi, samun, pecah rumah, pecah kenderaan dan dadah.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, selain itu, terdapat PATI yang dikesan berada di dalam negara tanpa pengenalan diri serta telah tinggal lebih masa. Mereka tinggal di rumah flat yang mana rumah itu telah diubah dan ditambah bilik bagi mereka tinggal dengan jumlah yang ramai.

"Ada yang kita kesan, sebuah rumah itu mempunyai enam buah bilik dan dihuni kira-kira 10 orang. Rata-rata PATI ini terdiri daripada pekerja buruh, pekerja kilang selain ada yang tidak bekerja," katanya.

Dalam pada itu statistik Ops Bersepadu bermula 21 Oktober sehingga 28 Oktober itu turut dilaksanakan di semua daerah seluruh Selangor dengan jumlah pemeriksaan individu seramai 11,963 orang, kenderaan (8,635 buah) dan 1,220 saman trafik.