Maklumat e-hailing berbeza, orang ramai diminta rujuk EHO: JPJ

JPJ
JPJ
A
A
A

SHAH ALAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenal pasti masalah dihadapi orang ramai untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan e-hailing.

JPJ menerusi kenyataan media berkata, bagi isu maklumat e-hailing yang berbeza dengan pemilik kenderaan, pemohon diminta merujuk kepada e-hailing Operator (EHO) untuk mengemaskini semula maklumat e-hailing Vehicles Permit (eVP).

“Ini kerana pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan mengemukakan semula maklumat eVP kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, APAD hanya akan meluluskan eVP kepada pemilik sahaja, justeru maklumat eVP mestilah sama dengan nombor ID pemilik kenderaan.

“Sebarang aduan ataupun pertanyaan berkaitan perkara ini, orang ramai boleh menghubungi JPJ di talian 03-80008000 ataupun boleh dihantar melalui http://jpj.spab.gov.my.

“JPJ prihatin terhadap masalah yang dihadapi dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan demi meningkatkan profesionalisme industri e-hailing di negara ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: