Juruterbang maut pesawat terhempas di kawasan kediaman New Jersey

Pesawat Cessna 414 terhempas ke atas sebuah rumah di Colonia, sebuah komuniti yang terletak di Woodbridge. - Foto Agensi
Pesawat Cessna 414 terhempas ke atas sebuah rumah di Colonia, sebuah komuniti yang terletak di Woodbridge. - Foto Agensi
A
A
A

WOODBRIDGE - Sebuah pesawat ringan terhempas di sebuah kawasan kediaman di Woodbridge di New Jersey, Amerika Syarikat semalam menyebabkan tiga buah rumah terbakar dan meragut nyawa juruterbangnya.

Pesawat Cessna 414, yang mempunyai enjin berkembar dan lapan tempat duduk terhempas ke atas sebuah rumah di Colonia, sebuah komuniti yang terletak di Woodbridge pada jam 11 pagi waktu tempatan, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan di Twitter.

Juruterbang hanya bersendirian dalam pesawat itu telah terbunuh dalam nahas tersebut, menurut jurucakap Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB).

Menurut polis Woodbridge, tiada siapa yang berada di dalam rumah tetapi letupan itu menyebabkan kerosakan kebakaran di kedua-dua rumah di sebelah.

Pesawat Cessna 414 terhempas ke atas sebuah rumah di Colonia, sebuah komuniti yang terletak di Woodbridge. - Foto Agensi
Pesawat Cessna 414 terhempas ke atas sebuah rumah di Colonia, sebuah komuniti yang terletak di Woodbridge. - Foto Agensi

Sementara itu, Datuk Bandar Perbandaran Woodbridge, John McCormac memberitahu pemberita bahawa pihak berkuasa percaya bahawa orang awam tidak berada di lokasi kejadian atau mengalami kecederaan akibat nahas itu.

Seorang penghuni berada di dalam sebuah daripada rumah itu namun berjaya menyelamatkan diri dan kebakaran telah dapat dikawal dengan pantas, kata McCormac. - Agensi

Artikel Berkaitan: