X

Kindly register in order to view this article
!

Tun M tunggu APEX 2020 selesai baharu lepas jawatan PM?

Dr Mahathir - Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka tidak akan menyerahkan jawatannya sehingga Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang akan dianjurkan Malaysia pada November 2020 selesai.

Menurut sumber daripada Pakatan Harapan (PH), adalah penting dan sesuatu yang bermaruah untuk Mahathir menghadiri persidangan antarabangsa itu yang juga akan dihadiri pemimpin dunia seperti Presiden Xi Jinping dari China.

“Walaupun tidak dinyatakan secara hitam putih bila penyerahan jawatannya, tetapi ia dijangka tidak akan mengambil tempat sebelum APEC,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Katanya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Menteri Luar memainkan peranan penting dalam penganjuran APEC.

“Sebagai mesyuarat terpenting dunia selepas mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, penganjuran APEC juga memastikan tiga jawatan menteri tidak diubah sebelum selesainya sidang kemuncak tersebut.

“Tiga jawatan ini tidak harus mempunyai perubahan dalam tempoh setahun akan datang,” katanya.

Ujarnya, walaupun ada sesetengah pihak berpendapat Perdana Menteri perlu menyerahkan jawatan tersebut selepas dua tahun, namun ada pemimpin PH yang mempunyai pandangan lain.

“Ada yang berpendapat Mahathir harus menjadi pemimpin pilihan rakyat pertama di dunia yang mempengerusikan mesyuarat APEC sebanyak dua kali.

“Keadaan ini akan membolehkan beliau menyerahkan jawatan dalam keadaan yang baik. Ada juga yang berpendapat beliau hanya akan menyerah jawatan selepas Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlibat dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipenjarakan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir janji lepas jawatan PM sebelum PRU15

Tiada perbincangan peralihan jawatan PM


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!