Tanah runtuh: Rumah tertimbus, 42 dilapor maut

Sekurang-kurangnya 42 orang maut apabila rumah mereka tertimbus susulan tanah runtuh di bandar Bafoussam, Cameroon semalam. - Foto AFP
Sekurang-kurangnya 42 orang maut apabila rumah mereka tertimbus susulan tanah runtuh di bandar Bafoussam, Cameroon semalam. - Foto AFP
A
A
A

YAOUNDE - Sekurang-kurangnya 42 orang dilaporkan maut apabila rumah mereka tertimbus susulan tanah runtuh yang diakibatkan oleh hujan lebat di bandar Bafoussam, Cameroon semalam.

"Operasi mencari masih diteruskan dan dikhuatiri jumlah kematian akan meningkat," kata seorang pegawai kanan tempatan kepada AFP.

Satu kenyataan rasmi mengatakan sejumlah 42 mayat telah dibawa ke hospital.

"Rumah-rumah yang runtuh kebanyakan dibina di tepi bukit yang terletak dalam kawasan berisiko," kata seorang pegawai tempatan di lokasi kejadian.

Menurutnya insiden tanah runtuh berlaku disebabkan hujan lebat yang melanda negara dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.

Sementara itu, Presiden Cameroon, Paul Biya menzahirkan rasa takziah kepada keluarga mangsa.- AFP

Artikel Berkaitan: