Ibrahimovic: Hello Sepanyol!

Zlatan Ibrahimovic -Foto DPA
Zlatan Ibrahimovic -Foto DPA
A
A
A

PENYERANG sensasi, Zlatan Ibrahimovic memberi bayangan bakal kembali beraksi dalam saingan La Liga selepas kontraknya bersama kelab Amerika Syarikat, Los Angeles Galaxy berakhir Januari tahun hadapan.

Ibrahimovic memuat naik satu video di laman Instagramnya dan dalam video berdurasi empat saat itu dia mengatakan akan kembali ke Sepanyol.

"Hello Sepanyol.. cuba teka, saya akan kembali," katanya.

Pemain berusia 38 tahun itu sebelum ini pernah beraksi di La Liga bersama Barcelona pada 2009 dan 2010 sebelum dipinjamkan ke AC Milan pada musim berikutnya.

Selama satu musim itu, Ibrahimovic mencetak 22 gol dalam 46 penampilan bersama Barcelona selain turut membantu kelab Catalan itu menjuarai La Liga.

Soal masa depan Ibrahimovic hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini selepas kontraknya bersama Los Angeles Galaxy akan berakhir Januari tahun depan dengan beberapa kelab besar menyatakan keinginan mahu menyambar khidmatnya.

Beberapa kelab sudah dikaitkan dengan bekas pemain Inter Milan dan Juventus itu antaranya kelab Liga Itali, Napoli.

Namun, dengan video yang dimuatnaiknya itu, besar kemungkinan Ibrahimovic akan menyarung jersi kelab gergasi Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona atau Atletico Madrid.

Artikel Berkaitan:

Instagram Zlatan Ibrahimovic
Instagram Zlatan Ibrahimovic