'Ibu bingung nak pilih Aidil atau Zaquan'

Foto Facebook Kedah FC
Foto Facebook Kedah FC
A
A
A

UMUM sedia maklum, pertembungan Piala Malaysia antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pastinya peminat bola sepak memberi tumpuan buat pasangan kembar bola sepak iaitu Aidil Zafuan dan juga Zaquan Adha Abdul Radzak.

Pasangan kembar ini sememangnya terkenal dengan kelincahannya di atas padang dan merupakan pemain untuk pasukan Malaysia juga.

Bagaimanapun, mereka tidak bermain dalam pasukan yang sama menerusi Liga Malaysia di mana Aidil bersama pasukan JDT dan Zaquan pula berada dalam pasukan Kedah.

Mereka juga buat pertama kalinya sepanjang 13 tahun berkecimpung dalam dunia bola sepak secara profesional, ini merupakan perlawanan cukup bermakna kerana berentap sesama sendiri.

Menerusi Astro Stadium, Zaquan memberitahu bahawa mereka berdua kebiasaannya akan menghubungi ibu terlebih dahulu sebelum memulakan perlawanan bagi memohon doa.

Akan tetapi, untuk kali ini, ibunya bingung untuk mendoakan kemenangan buat kedua-dua pasukan kerana pasangan kembar tersebut menjadi musuh di dalam padang kerana berlainan pasukan.

"Kami selalunya akan menghubungi ibu menjelang perlawanan dan apabila mengetahui bakal berdepan JDT dalam final, ibu tidak tahu ingin mendoakan kejayaan bagi saya atau Aidil. Jadi siapa yang menang dalam final, itu rezeki masing-masing," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pertembungan dua beradik nyata menarik perhatian netizen sentiasa memberi sokongan kepada pasukan yang diminati mereka.

"Tahun ini, JDT membawa Piala Malaysia, jumpa di stadium Sabtu ini," tulis kherul.

Tidak kurang juga harapan dari pasukan Kedah, "Pulun Kedah pulun buat yang sehabis baik, harap Kedah berjaya jadi juara piala Malaysia," tulis Acik Fitri.