E-Sport: 500 peserta berentap

Mohamad Taufek (duduk, kanan) ditunjukkan perisian sukan e-Sport.
Mohamad Taufek (duduk, kanan) ditunjukkan perisian sukan e-Sport.
A
A
A

SEREMBAN - Meskipun julung kali dianjurkan, namun Karnival Sukan e-Sport Y-Centre Negeri Sembilan yang dianjurkan baru-baru ini mendapat sambutan ramai.

Bertempat di Pusat Latihan Sukan Elektronik di Sikamat di sini, seramai 500 peserta daripada pelbagai negeri termasuk Singapura yang mengambil bahagian.

Tiga permainan video disediakan iaitu Mobile Legends, Fifa 2019 dan PUBG Mobile.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, sukan e-sport atau sukan elektronik merupakan sukan baharu yang mula digemari ramai khususnya golongan muda di negara ini.

“Pendedahan mengenai sukan ini masih kurang di negara kita, tapi ia telah pun mendapat tempat di peringkat antarabangsa dan pertandingan dianjurkan pun menawarkan hadiah yang lumayan.

"Usaha penganjuran karnival ini amat baik dan perlu diteruskan. Jika ada ruang dan galakan diberi kepada anak muda bermula dari sekarang bakat serta minat mereka boleh diketengahkan dan berpotensi mewakili Malaysia pada masa depan," katanya.

Mohamad Taufek menandatangani plak perasmian Pusat Latihan Sukan Elektronik di Sikamat.
Mohamad Taufek menandatangani plak perasmian Pusat Latihan Sukan Elektronik di Sikamat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Nor Azli Mohamad Daud berkata, penyertaan ramai membuktikan sukan berkenaan yang popular di luar negara kini mula mendapat tempat di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, penganjurannya mampu mengumpulkan barisan pelapis baharu yang boleh bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa sehingga boleh mengharumkan nama negara.

Pada karnival berkenaan pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) telah memberi ceramah kesedaran berkenaan ketagihan permainan video dan kesannya terhadap individu.