Mesyuarat jawatankuasa teknikal tambahan dicadang untuk pindaan undang-undang buruh

M Kula Segaran
M Kula Segaran
A
A
A

PUTRAJAYA - Satu mesyuarat jawatankuasa teknikal tambahan disyor diadakan pada 4 November berhubung pindaan dicadangkan kepada Akta Pekerjaan 1955 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959, kata Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran.

Beliau membuat cadangan itu pada Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) yang mengadakan mesyuarat kali ke-10 tahun ini di sini hari ini.

"Ini di samping beberapa mesyuarat jawatankuasa teknikal yang telah diadakan sebelum ini,” kata beliau dalam satu kenyataan bersempena mesyuarat NLAC itu.

Pada mesyuarat itu, Kula Segaran berkata, beliau menarik perhatian tentang kaitan penting sekatan perdagangan Amerika Syarikat terhadap Thailand berhubung soal layanan buruk pekerja dan perlunya langkah segera bagi memperbaiki layanan pekerja di Malaysia.

"Oleh itu, pindaan terhadap undang-undang buruh terutama berkaitan soal pematuhan standard buruh antarabangsa perlu disegerakan bagi mengelak sekatan serupa terhadap syarikat-syarikat Malaysia," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: