Jambatan Sungai Pinggan selamat digunakan

Orang ramai membanjiri kawasan jambatan Sungai Pinggan untuk melihat kerja-kerja pembersihan rumput yang dijalankan pihak JKR dan JPS. - Foto Facebook Geng Pontian
Orang ramai membanjiri kawasan jambatan Sungai Pinggan untuk melihat kerja-kerja pembersihan rumput yang dijalankan pihak JKR dan JPS. - Foto Facebook Geng Pontian
A
A
A

PONTIAN - Jambatan Sungai Pinggan, Benut yang menghubungkan Pontian-Benut selamat digunakan selepas pemeriksaan dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah semalam.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Zulkifly Tasrep berkata, sebelum ini ada dakwaan mengatakan jambatan terbabit tidak selamat dan akan runtuh selepas tular gambar yang memaparkan tiang paip air di sebelah jambatan itu patah.

Menurutnya, kira-kira jam 2 petang kelmarin, beliau dihubungi penduduk yang memaklumkan tiang paip air itu patah.

"Tinjauan yang dilakukan pihak JKR dan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) mendapati tiang paip air itu patah kerana terdapat rumput yang tersekat pada bahagian bawah paip air terbabit dan aliran air terlalu deras.

Rumput yang tersekat di bawah struktur paip air di sebelah jambatan Sungai Pinggan. - Foto Facebook Geng Pontian
Rumput yang tersekat di bawah struktur paip air di sebelah jambatan Sungai Pinggan. - Foto Facebook Geng Pontian

"Kerja-kerja pembersihan sudah dijalankan termasuk memeriksa struktur jambatan Sungai Pinggan. Setakat ini keadaan jambatan masih selamat," katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan fakta yang salah melalui media sosial kerana akan mencetuskan kebimbangan.

Pada awal 2017, jambatan Kampung Sepah Beruang di Benut runtuh akibat rumput dan aliran air deras ketika hujan.

Artikel Berkaitan: