Lelaki larikan ambulans dakwa dengar bisikan halus

Suspek berusia 51 tahun mendakwa tindakannya melarikan ambulans HKL Sabtu lalu, disebabkan mengalami gangguan halusinasi.
Suspek berusia 51 tahun mendakwa tindakannya melarikan ambulans HKL Sabtu lalu, disebabkan mengalami gangguan halusinasi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mendakwa dirinya mengalami gangguan halusinasi hingga menyebabkan dia bertindak melarikan ambulans milik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Sabtu lalu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.10 tengah malam di hadapan Jabatan Kecemasan HKL.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bertindak ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kira-kira lima minit kemudian.

“Pada masa sama, kakitangan HKL turut mengekori suspek dengan sebuah lagi ambulans.

“Selepas dimaklumkan lokasi kedudukan ambulans itu, URB berjaya menyekat dan menahan kenderaan itu pada jam 12.39 tengah malam di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suspek berusia 51 tahun berjaya ditahan di Jalan TAR, Kuala Lumpur, tengah malam Sabtu lalu.
Suspek berusia 51 tahun berjaya ditahan di Jalan TAR, Kuala Lumpur, tengah malam Sabtu lalu.

Beliau berkata, suspek berusia 51 tahun itu telah ditahan untuk pemeriksaan

Katanya, soal siasat terhadap suspek mendakwa dia bertindak sedemikian disebabkan mendengar bisikan suara halus.

Artikel Berkaitan:

“Siasatan juga mendapati suspek turut mempunyai 17 rekod jenayah lampau yang kebanyakannya membabitkan kes dadah.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya.