Amaran Ribut Siklon Tropika belum tamat

Sekumpulan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus memasang kain rentang di Pantai Tok Jembal.
Sekumpulan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus memasang kain rentang di Pantai Tok Jembal.
A
A
A

KUALA NERUS - Orang ramai di daerah ini diminta cakna dengan arahan dan amaran pihak berkuasa supaya mengehadkan aktiviti di kawasan pantai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Pegawai Bomba Tinggi, Yusmizan Yusof berkata, peringatan itu dikeluarkan susulan kehadiran ribut Siklon Tropika, Pabuk yang masih masih aktif.

"Kita telah mengeluarkan arahan supaya semua anggota bersiap siaga dan berada di kawasan strategik sertai melakukan tinjauan sepanjang pantai di daerah ini sejak dua hari lalu.

"Sama ada amaran itu ditamatkan atau tidak orang ramai perlu sentiasa berwaspada sepanjang musim tengkujuh yang dijangka sehingga Februari ini," katanya kepada Sinar Harian.

No Image Caption

Terdahulu, Sinar Harian menyertai sekumpulan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus diketuai Pegawai Bomba Bantuan, Zazali Mustafa membuat tinjauan Pantai Tok Jembal di sini.

"Kita juga telah mengarahkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus bersedia 24 jam dengan sebarang kemungkinan," katanya.

Sementara itu, pihaknya memasang dua kain rentang peringatan di Pantai Batu Rakit dan Pantai Tok Jembal sebagai panduan buat pengunjung yang berkunjung ke pantai itu.

Artikel Berkaitan: