Festival Kraf Borneo 25 Oktober hingga 3 November ini

IBRAHIM (kanan) singgah di salah sebuah gerai jualan di Festival Kraf Borneo di Waterfront Kuching, Sarawak semalam.
IBRAHIM (kanan) singgah di salah sebuah gerai jualan di Festival Kraf Borneo di Waterfront Kuching, Sarawak semalam.
A
A
A

KHAS buat para wanita yang ingin tampak bergaya dalam persalinan busana kombinasi moden dan klasik, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Festival Kraf Borneo di Kuching, Sarawak.

Festival yang berlangsung pada 25 Oktober hingga 3 November itu menawarkan koleksi fesyen berasaskan fabrik tradisional Sabah dan Sarawak.

Antaranya ialah Batik Linut, Songket Sarawak dan Tenunan Pua yang menampilkan keindahan motif termasuk corak etnik menawan.

Menurut Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail, matlamat utama Festival Kraf Borneo tersebut adalah untuk memartabatkan dan mempromosi keistimewaan rangkaian produk kraf tempatan.

"Seperti kita sedia maklum, setiap kaum di Sabah dan Sarawak memiliki signatur tekstil warisan tersendiri.

"Namun begitu, apabila ia dihasilkan menjadi busana yang disuntik dengan elemen rekaan moden kontemporari, maka transformasi itu berjaya memikat hati baik golongan wanita mahupun lelaki," katanya pada sidang media Festival Kraf Borneo di Waterfront, Kuching, Sarawak semalam.



ANTARA beg hasil kraftangan menarik yang dipamerkan.
ANTARA beg hasil kraftangan menarik yang dipamerkan.

Turut hadir ialah Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Azran Arip.

Artikel Berkaitan:

Selain pakaian, para pengunjung juga berpeluang memiliki variasi beg tangan, topi, skaf, gelang, tudung, rantai ataupun anting-anting yang ditawarkan oleh 120 usahawan kraf terlibat.

Dalam perkembangan berkaitan, Festival Kraf Borneo yang mengangkat tema Sentuhan Jiwa Warisan Borneo itu juga diadakan bersempena Kuching Waterfront Festival (Sarawak Regatta & International Dragon Boat).

Keterangan lanjut mengenai Festival Kraf Borneo, layari Facebook rasmi, Kraftangan Malaysia.



No Image Caption