X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Kes tembak mati rakyat Malaysia: Polis Kelantan kerjasama pihak berkuasa Thailand

Mangsa yang ditembak di hadapan sebuah tanah perkuburan di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand.
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan sedia bekerjasama bagi membantu pihak berkuasa Thailand mengesan sekumpulan suspek berkaitan kes tembak mati seorang rakyat Malaysia di Sungai Golok, Narathiwat, selatan Thailand awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya bersedia menyalurkan maklumat dan bantuan dalam kes itu namun setakat ini belum mendapat apa-apa permintaan daripada pihak negara jiran itu.

“Kes ini berlaku di sana dan pihak Thailand yang melakukan siasatan tetapi membabitkan lelaki yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan.

“Bagi pihak kami pula sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya diperlukan dari segi usaha mengesan suspek dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini.

Hasanuddin berkata, pihaknya sedia maklum kes membabitkan mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Faisal, 28, mati ditembak di hadapan tanah perkuburan di Sungai Golok, Narathiwat, selatan Thailand.

Dalam kejadian lalu, media Thailand melaporkan mangsa ditembak selepas dipercayai bertengkar dengan sekumpulan lelaki dipercayai warga Malaysia dan Thailand.

Lima das tembakan dari jarak dekat dilepaskan ke bahagian kepala, muka, dada dan kaki mangsa menyebabkannya maut di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia ditemui mati dengan kesan tembakan di Narathiwat


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!