Pondok parkir Taman Nirwana terbakar

Anggota Bomba Balai dan Penyelamat Tangga Batu memadamkan kebakaran tersebut.(Foto: Sumber Facebook)
Anggota Bomba Balai dan Penyelamat Tangga Batu memadamkan kebakaran tersebut.(Foto: Sumber Facebook)
A
A
A

MELAKA TENGAH - Sebuah pondok pakir baharu dibina di Taman Nirwana, Jalan Klebang Besar di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu menerima panggilan jam 1.02 pagi dan tiba di lokasi kejadian bersama tujuh anggota bomba jam 1.12 pagi.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK ll) Zaidi Kadiron berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran yang melibatkan 80 peratus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

Semalam, Sinar Harian, menyiarkan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tion menyelar tindakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang memperkenalkan sistem pakir berbayar dan diswastakan itu termasuk di Taman Nirvana Klebang, bermula 1 Januari lalu.

Artikel Berkaitan: