Nenek 100 tahun terselamat dalam kebakaran

Rumah musnah sepenuhnya, namun warga emas berkenaan terselamat dalam kebakaran tersebut.
Rumah musnah sepenuhnya, namun warga emas berkenaan terselamat dalam kebakaran tersebut.
A
A
A

KALIMANTAN - Seorang nenek berusia 100 tahun terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan rumahnya di Kabupaten Banjar, Kalimantan, Indonesia.

Masyarakat setempat menganggap kejadian itu satu keajaiban kerana nenek berkenaan dilaporkan tinggal berseorangan dan tidak mempunyai ahli keluarga.

Ketika kejadian api marak dengan cepat disebabkan rumah didiami warga emas berkenaan telah usang dan dibina daripada papan.

Jiran tetangga yang datang selepas kebakaran itu terkejut mendapati nenek berkenaan terselamat dalam kebakaran tersebut dan beranggapan bahawa kejadian yang berlaku itu merupakan satu pengajaran dan mukjizat daripada ALLAH SWT.

Menurut M Aidil Basith, nenek tersebut juga lumpuh hampir seluruh badan dan sukar untuk bergerak sejak muda, manakala hidupnya pula hanya dipenuhi dengan amalan mengaji sejak dahulu lagi.

M Aidil Basith ketika melawat nenek tersebut di penempatan sementara.
M Aidil Basith ketika melawat nenek tersebut di penempatan sementara.

"Saya amat terkejut kerana sekeliling rumahnya habis terbakar dan kalau ikutkan logik akal, mana mungkin dia mampu terselamat daripada kebakaran ini kerana tidak mampu bergerak disebabkan lumpuh.

"Ini mungkin mukjizat yang ALLAH mahu tunjukkan kepada kita. Semoga dia (nenek itu) diberikan kesabaran dan diperluaskan rezeki oleh ALLAH kerana amalan yang dilakukan olehnya," lapor Kumparan memetik sumber sebagai berkata.

Artikel Berkaitan:

Jodoh, takdir dan ajal maut semuanya sudah ditentukan oleh Tuhan. Walaupun sesuatu yang berlaku tidak masuk akal bagi manusia namun kita perlu sedar bahawa sesuatu itu pasti bakal terjadi dengan izin-Nya.

Janji ALLAH itu pasti. Dia sememangnya akan menolong hamba-Nya dalam pelbagai bentuk cara sekalipun.

.