Lelaki bisu curi Ipad dijel setahun

Mohd Rizuan dijatuhi hukuman penjara satu tahun oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah mencuri Ipad jenama Apple milik seorang wanita.
Mohd Rizuan dijatuhi hukuman penjara satu tahun oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah mencuri Ipad jenama Apple milik seorang wanita.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki bisu dijatuhi hukuman penjara satu tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri gajet berjenama September lalu.

Hukuman itu diputuskan Majistret Abdul Hayyi Salim terhadap Mohd Rizuan Mahmud, 36, selepas dia mengaku salah pertuduhan dibacakan jurubahasa isyarat yang dilantik.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Rizuan didapati mencuri Ipad jenama Apple milik wanita berusia 33 tahun di dalam beg yang ditinggalkan di tempat duduk penumpang hadapan kereta Proton Wira di kawasan parkir di hadapan Pejabat Tanah Daerah Kuala Nerus.

Dia yang melakukan kesalahan antara jam 10.20 hingga jam 11.15 pagi, 30 September lalu didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din.

Berdasarkan fakta, kejadian berlaku ketika mangsa meletakkan kenderaannya di kawasan parkir terbabit untuk ke kedai makan yang terletak kira-kira 50 meter.

Sekembalinya pada jam 11.20 pagi, dia mendapati beg galas yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan terbuka dan pemeriksaan mendapati gajet dibekalkan syarikat kepadanya hilang.

Susulan kejadian mangsa yang kerugian RM1,600 membuat laporan polis sebelum tertuduh ditahan bersama Ipad terbabit dalam serbuan dilakukan di sebuah rumah di Taman Semarak, Bukit Tunggal, Kuala Nerus pada jam 12.01 tengah malam, Selasa lalu.

Artikel Berkaitan: