Lelaki terjatuh Jambatan Sultan Yahya Petra belum ditemui

Anggota yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat bersedia untuk menyelam ke dasar sungai.
Anggota yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat bersedia untuk menyelam ke dasar sungai.
A
A
A
KOTA BHARU - Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini semalam sehingga kini masih belum ditemui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Mohd Ridzuan Ali berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan untuk hari kedua bermula dari jam 9.15 pagi tadi setelah ditamatkan jam 7.30 petang semalam.

Menurutnya, operasi di sekitar lokasi kejadian tersebut membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan juga Angkatan Pertahanan Awam.

“Sehingga kini tiada sebarang petunjuk ditemui. Mereka yang terlibat telah berusaha mencari mangsa dengan memperluaskan radius pencarian kepada 200 meter dari lokasi kejadian.

“Keadaan air berkeladak turut mengganggu penglihatan anggota yang membuat selaman di dasar sungai selain arus kuat di bahagian bawah,” katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa dua anak dikhuatiri lemas

Media semalam melaporkan bapa dua anak itu yang dikatakan mengalami kemurungan menunggang motosikal ke jambatan tersebut bersendirian sebelum dikatakan terjatuh dalam kejadian pada jam 10.50 pagi.

Mohd Ridzuan berkata, selain pencarian di bahagian dasar sungai sedalam lapan meter itu, pencarian juga dilakukan di kawasan permukaan air menggunakan tujuh bot.

Artikel Berkaitan: