Penang Black Panthers dalam kelas tersendiri

Pemain Penang Black Panthers memberi sepenuh tumpuan mengharungi baki saingan Liga Premier STL musim ini. Foto: Sepak Takraw League
Pemain Penang Black Panthers memberi sepenuh tumpuan mengharungi baki saingan Liga Premier STL musim ini. Foto: Sepak Takraw League
A
A
A

PENANG Black Panthers membuktikan pasukan dari Pulau Pinang itu masih dalam kelas tersendiri biarpun hanya mempunyai empat pemain sahaja apabila mengungguli saingan Liga Premier Liga Sepak Takraw (STL) selepas berakhirnya saingan minggu ketujuh di Stadium Indera Mulia, Ipoh, kelmarin.

Skuad kendalian jurulatih baharu, Ahmad Supian Napiah dan Mohd Saiful Nizam Mohd itu meneruskan rentak kemenangan setelah mengetepikan cabaran PDRM Defenders, 21-14, 21-17 sebelum tunduk kepada Johor Tigris 21-14, 19-21, 9-21.

Pengurus Penang Black Panthers, Zakaria Din memuji karakter dipamerkan pemain-pemainnya apabila mengetepikan masalah yang melanda pasukan sebelum ini sebaliknya memberi sepenuh tumpuan mengharungi baki saingan seterusnya mengekalkan kedudukan di puncak liga.

Menurutnya, ketiga-tiga pemain yang diturunkan iaitu Azlan Alias, Zarif Marican Ibrahim dan Said Ezwan Said merupakan atlet skuad kebangsaan yang bakal membawa cabaran negara ke Sukan SEA Filipina 2019 bulan depan dengan menjadikan saingan STL sebagai medan pemanas badan.

Kedudukan Liga Premier STL selepas berakhirnya saingan minggu ketujuh di Stadium Indera Mulia, Ipoh, kelmarin.
Kedudukan Liga Premier STL selepas berakhirnya saingan minggu ketujuh di Stadium Indera Mulia, Ipoh, kelmarin.

“Jadi apa yang saya lihat, ketiga-tiga mereka memahami maksud dan tujuan sebenar pendekatan yang diambil Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia dan Persatuan Sepak Takraw Pulau Pinang dengan mengetepikan isu-isu yang timbul sebaliknya mengutamakan perjuangan mereka ke Sukan SEA nanti.

“Itu sebabnya mereka meneruskan permainan dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan Penang Black Panthers terus berada di landasan tepat untuk mempertahankan kejuaraan musim ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, bekas pengurus PDRM Defenders itu mengakui pihaknya masih berbincang dengan pihak persatuan untuk mendapatkan khidmat beberapa pemain bagi mengisi empat kekosongan yang ditinggalkan selain kecederaan yang dialami pemain menjelang aksi terakhir minggu depan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Zakaria turut optimis Penang Black Panters kini mengutip 22 mata mampu mengekalkan kejuaraan mereka musim ini walaupun perebutan juara masih lagi terbuka apabila Perak Bison dan ATM Guardians turut berkongsi mata yang sama di kedudukan kedua serta ketiga