Stor minuman keras seludup diserbu

Antara minuman keras yang dirampas dalam serbuan terbabit.
Antara minuman keras yang dirampas dalam serbuan terbabit.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 merampas sebanyak 5,638 botol dan tin minuman keras tidak sah dalam serbuan di sebuah premis di Taman Teratai, Kangkar Pulai di sini semalam.

Pemangku Komander PPM Wilayah 2, Superintenden Noor Azman Jamal berkata, serbuan kira-kira jam 1.30 tengah hari itu dilakukan dengan kerjasama anggota dari Balai Polis Kangkar Pulai hasil maklumat dan aduan orang awam.

“Dalam serbuan ini, polis telah menemui sebanyak 221 kotak yang mengandungi 1,438 botol dan 4,200 tin minuman keras yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Kesemua nilai barangan ini dianggarkan bernilai RM446,696 dan rampasan dibuat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Azman berkata, dalam operasi itu, seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan mendapati premis berkenaan juga dipercayai telah menjadi stor simpanan barangan terlarang itu sejak tiga bulan lalu.

“Premis ini dipercayai menjadi stor penyimpanan sementara bagi kesemua minuman keras tidak sah ini sebelum dipasarkan pasaran tempatan.

“Polis juga percaya premis ini telah beroperasi sejak tiga bulan lalu selain sering berpindah untuk mengelakkan dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Artikel Berkaitan: