Mangsa banjir di Perlis meningkat

Rumah penduduk yang dilanda banjir sejak semalam.
Rumah penduduk yang dilanda banjir sejak semalam.
A
A
A

PADANG BESAR - Jumlah mangsa banjir di Kampung Banggol Sena, Padang Besar meningkat kepada 100 orang daripada 23 buah keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) kawasan itu sejak semalam.

Sebelum ini, PPS itu menempatkan 86 mangsa daripada 20 keluarga.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis berkata, hujan lebat selama dua jam bermula jam 3 petang semalam menyebabkan kawasan berkenaan dinaiki air.

"Anggaran taburan hujan sebanyak 31mm di Arau dan 50 mm di Wang Kelian dicatatkan setakat ini," katanya.

Katanya, trend air menaik masih berlaku di beberapa buah kampung iaitu Kampung Banggol Sena melibatkan 23 buah rumah, Kampung Titi Besi (tujuh rumah) dan Kampung Bumbung Lima pula tiga buah rumah.

Artikel Berkaitan: