LTTE: Media tak dibenarkan masuk dalam mahkamah

Kok Kiew turut memberi kata-kata semangat kepada isteri, Saminanthan, Umadevi ketika tiba di pekarangan Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini.
Kok Kiew turut memberi kata-kata semangat kepada isteri, Saminanthan, Umadevi ketika tiba di pekarangan Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Pengamal media tidak dibenarkan masuk untuk mendengar prosiding dalam mahkamah bagi pendakwaan kes memberi sokongan kepada pengganas yang dikaitkan dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh di sini hari ini.

Seawal jam 8 pagi, seramai 100 orang penyokong hadir di pekarangan mahkamah.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan, ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) perbadanan anak syarikat kerajaan negeri, S Chandru dipercayai didakwa memberi sokongan kepada pengganas yang dikaitkan dengan LTTE.

Sebahagian pemimpin PH yang hadir memberi sokongan di Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini.
Sebahagian pemimpin PH yang hadir memberi sokongan di Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan dua ADUN antara tujuh ditahan terlibat LTTE

Turut kelihatan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banda Hilir, Datuk Kok Kiew, ADUN Kesidang, Alex Seah Shoo Chinn, ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee selain wakil rakyat Negeri sembilan iaitu Exco Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Nicole Tan Lee Kon dan Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong.

ARTIKEL BERKAITAN:ADUN DAP ditahan bawah SOSMA

Sinar Harian sebelum ini menyiarkan dua wakil rakyat DAP itu ditahan polis untuk membantu siasatan dan susulan daripada itu dua lagi ahli DAP turut ditahan.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian pengamal media menunggu di luar mahkamah.
Sebahagian pengamal media menunggu di luar mahkamah.