MOA bimbing individu berpotensi

PPK Pontian Selatan menerima sebuah lori baharu melalui pembiayaan pinjaman tanpa faedah. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
PPK Pontian Selatan menerima sebuah lori baharu melalui pembiayaan pinjaman tanpa faedah. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

PONTIAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melakukan transformasi sektor pertanian ke arah usaha mengeluarkan golongan peladang, penternak dan nelayan daripada kumpulan B40.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pegawai agensi di bawah kementerian itu giat mengesan individu yang berpotensi dibimbing bagi meningkatkan pendapatan golongan tersebut.

Katanya, MOA akan menyalurkan pelbagai bantuan melalui program Rezeki Tani tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik.

Seramai 100 asnaf menerima sumbangan yang disampaikan Salahuddin pada Himpunan Peladang Kawasan Pontian Selatan semalam. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Seramai 100 asnaf menerima sumbangan yang disampaikan Salahuddin pada Himpunan Peladang Kawasan Pontian Selatan semalam. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

“Kunci kata dan kunci kerja kita adalah memberikan segala bantuan daripada kementerian ini kepada sasaran betul.

“Orang yang tepat bukan lagi cara lama favoritisme (pilih kasih). Kerajaan baharu hari ini akan beri satu padang sama rata untuk semua usahawan,” katanya ketika merasmikan Himpunan Peladang Kawasan Pontian Selatan dan Flag Off Countdown Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di sini semalam.

Terdahulu, Salahuddin menyantuni seorang buruh kasar, Hairul Hamidun, 45, di Kampung Maju Jaya bagi menyerahkan bantuan perniagaan tani berupa mesin tebu, kuali, dapur dan balang air.

Artikel Berkaitan:

Hairul yang juga bapa kepada lima anak dengan pendapatan RM600 sebulan menerima bantuan perniagaan tani yang diserahkan Salahuddin di Kampung Maju Jaya. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Hairul yang juga bapa kepada lima anak dengan pendapatan RM600 sebulan menerima bantuan perniagaan tani yang diserahkan Salahuddin di Kampung Maju Jaya. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR