Al-Baghdadi cemarkan imej Islam: Arab Saudi

Abu Bakr Al-Baghdadi
Abu Bakr Al-Baghdadi
A
A
A

JEDDAH - Arab Saudi menyifatkan pemimpin kumpulan militan Daesh, Abu Bakr Al-Baghdadi telah mencemarkan imej Islam dan 'memuji' pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS) di barat laut Syria kerana berjaya menumpaskan lelaki itu.

"Kerajaan Saudi menghargai keupayaan pentadbiran AS untuk menghapuskan anggota organisasi militan itu yang nyata memburukkan imej sebenar Islam dan telah melakukan banyak kekejaman serta jenayah.

"Arab Saudi juga meneruskan usaha dengan sekutunya terutamanya Washington dalam memerangi keganasan," menurut sumber Kementerian Luar Negeri Arab Saudi hari ini.

Semalam, Presiden AS, Donald Trump mengesahkan kematian Al-Baghdadi dalam serbuan oleh pasukan khas Washington di Damsyik.

Menurut Trump, ramai anggota Daesh turut terbunuh dalam serbuan itu selepas Al-Baghdadi meletupkan dirinya apabila terperangkap dalam terowong. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Al-Baghdadi mati seperti seekor anjing: Trump

Pemimpin Daesh dilaporkan maut di Syria

Artikel Berkaitan: