Medical Mythbusters Malaysia bidas pro-vape

KIRI: Laporan daripada Makmal Toksikologi Pusat Racun Negara (PRN) yang disebarkan oleh pro-vape telah disiarkan dalam laman sosial Medical Mythbusters Malaysia baru-baru ini.
KANAN: Penjelasan daripada PRN yang disiarkan menerusi laman sosial Medical Mythbusters Malaysia mengenai tindakan pengusaha produk yang menjalankan analisis di makmal tersebut dan mendakwa produk mereka selamat.
KIRI: Laporan daripada Makmal Toksikologi Pusat Racun Negara (PRN) yang disebarkan oleh pro-vape telah disiarkan dalam laman sosial Medical Mythbusters Malaysia baru-baru ini. KANAN: Penjelasan daripada PRN yang disiarkan menerusi laman sosial Medical Mythbusters Malaysia mengenai tindakan pengusaha produk yang menjalankan analisis di makmal tersebut dan mendakwa produk mereka selamat.
A
A
A

SHAH ALAM - Medical Mythbusters Malaysia membidas tindakan golongan pro-vape atau rokok elektronik yang cuba mengelirukan masyarakat dengan maklumat tidak tepat.

Menurut akaun Facebooknya, golongan terbabit menunjukkan bukti daripada Makmal Toksikologi Pusat Racun Negara (PRN) kononnya kandungan cecair yang terdapat dalam cecair vape tersebut tidak mempunyai bahan logam berat seperti arsenik, kadmium, plumbum dan merkuri.

"Soalannya, cecair vape ini disedut seperti minuman pakai 'stray reusable' ke atau cecair vape ini dipanaskan oleh 'metal coil' untuk menghasilkan aerosol?

"Kalau yang dimasukkan dalam tubuh adalah aerosol selepas dipanaskan, ujilah aerosol tersebut bukan bahan asal dalam cecair vape. Nampak tak permainan mereka?" soalnya dalam satu hantaran di laman sosial tersebut baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Medical Mythbusters Malaysia turut memuat naik dua keping gambar yang menunjukkan laporan makmal dan penjelasan daripada PRN.

PRN menjelaskan bahawa pusat tersebut bukan badan regulatori yang meluluskan sama ada produk itu selamat dan boleh dipasarkan, sebaliknya semua produk yang diuji oleh makmal tersebut perlu berdaftar dengan Agensi Regulatori Farmasi Negara.

Dalam pada itu, Medical Mythbusters Malaysia mendedahkan bahawa Fakulti Kesihatan Awam Bloomberg Universiti Johns Hopkins telah menguji tiga elemen iaitu cecair vape, cecair dalam alat vape dan aerosol atau wap yang dikeluarkan.

"Kajian ini telah menjumpai cecair vape dalam alat vape dan aerosol atau wap yang keluar daripada rokok elektronik selepas proses pemanasan 'metal coil' mengandungi jumlah yang signifikan chromium, nickel dan lead (plumbum).

Artikel Berkaitan:

"Chromium dan nickel memang telah diketahui ada kaitan dengan kesan mudarat kesihatan seperti penyakit saluran pernafasan dan kanser paru-paru (kesan jangka masa panjang), manakala plumbum pula adalah neurotoxicity yang ada kaitan dengan penyakit kardiovascular.

"Untuk makluman semua, bahan plumbum tiada had pendedahan selamat pun. Jadi, memang akan bagi kesan langsung apabila terdedah kepadanya," jelas Medical Mythbusters Malaysia.

Justeru itu, Medical Mythbusters Malaysia menegaskan supaya semua pihak bertanggungjawab terhadap kajian dijalankan dan memastikan kajian berlandaskan kepakaran ilmu dalam bidang tersebut.