X

Kindly register in order to view this article
!

Trafik tinggi, perlahan di kebanyakan lebuh raya utama

- Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan tinggi dan bergerak perlahan sehingga petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, antara faktor keadaan aliran trafik sebegitu ekoran hujan dan orang ramai mula bergerak pulang sempena sambutan perayaan Deepavali semalam.

“Aliran trafik seperti yang dijangka meningkat tinggi pada sebelah petang ini ditambah dengan keadaan hujan yang melanda.

"Trafik perlahan dari Perai menuju Seberang Jaya; Bandar Cassia ke Bukit Tambun (Utara), Bandar Cassia ke Jawi serta Bandar Baharu ke Jawi. Turut perlahan di bahagian selatan iaitu dari Seremban menuju Hentian Senawang (Selatan); Ayer Keroh ke Jasin; Tangkak ke Jasin dan Yong Peng (Utara) ke Pagoh," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 turut mengalami peningkatan trafik dari Temerloh ke Lanchang, manakala trafik di LPT2 lancar setakat ini.

"Trafik juga dilaporkan sesak dari Lebuhraya Karak ke Bukit Tinggi dan keadaan sama berlaku dari Genting Highlands menghala ke Plaza Tol Gombak,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!