Bird Box Challenge pula...

Bird Boc Challenge telah menjadi cabaran baharu yang mendapat sambutan di media sosial.
Bird Boc Challenge telah menjadi cabaran baharu yang mendapat sambutan di media sosial.
A
A
A

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Mula-mula ice bucket challenge disusuli dengan Tide pod challenge.

Kini, terdapat challenge (cabaran) baharu Internet yang mula menjadi ikutan di media sosial diinspirasikan daripada filem Bird Box disiarkan perkhidmatan penstriman video Amerika Syarikat (AS), Netflix yang dibintangi aktres terkenal, Sandra Bullock.

Dalam filem aksi distopian yang gelap itu, Bullock yang memegang watak Malorie bersama anaknya melakukan perjalanan mencabar sambil menutup mata untuk mencari tempat selamat dalam cubaan untuk menyelamatkan diri daripada ancaman tidak kelihatan yang mendorong orang membunuh diri.

Netflix dalam satu kenyataan memberi amaran menerusi Twitter menggesa orang ramai supaya tidak melakukan Bird Box challenge selepas beberapa individu mula memuat naik gambar atau rakaman video memaparkan mereka menutup mata sambil melakukan aktiviti seharian sama seperti karakter dalam filem tersebut.

"Seperti tidak percaya kami perlu katakan ini: TOLONG JANGAN CEDERAKAN DIRI SENDIRI UNTUK MELAKUKAN BIRD BOX CHALLENGE," gesa firma itu menerusi laman blog mikro terbabit.

Bird Box adalah adaptasi novel Josh Malerman pada 2014 dan disiarkan di Netflix pada 21 Disember lalu.

Menurut Netflix, Bird Box telah menjadi filem ditonton paling ramai di platformnya dalam tempoh tujuh hari pertama siarannya. - CNA

Artikel Berkaitan: