Veloster Grappler tampil secara eksklusif

TIDAK hanya kosmetik, Hyundai melengkapi Veloster dengan pelbagai peralatan kelengkapan pemanduan off-road.
TIDAK hanya kosmetik, Hyundai melengkapi Veloster dengan pelbagai peralatan kelengkapan pemanduan off-road.
A
A
A

SEMPENA pameran SEMA 2019 yang bakal berlangsung tahun ini, Hyundai bakal tampil dengan model konsepnya iaitu Veloster Grappler.

Veloster Grappler telah diubahsuai dengan keupayaan pemanduan off-road yang mana badan kereta tersebut ditinggikan dan bahagian depan serta belakang dipasang pelindung bagi persediaan untuk menghadapi pelbagai cabaran laluan bentuk muka bumi yang sukar.

Model berkenaan turut dipasangkan dengan bekas barangan Thule pada bahagian bumbung untuk memberikan ruang kabin yang lebih luas dan panel solar Goal Zero yang boleh dialihkan. Bertambah menarik, ia dilengkapi lampu output berkapasiti tinggi daripada jenama Baja Design.

Bagi membezakannya dengan model standard, jentera tersebut dipadankan dengan tayar all-terrain dan rim rali jenama Method Racing, selain dipasang sistem ekzos Borla untuk menyalurkan bunyi yang garang.

Pada rekaan luaran, ia dibaluti dengan pelekat berkonsepkan tema Hyundai dan diperkemas dengan kehadiran bonet gentian karbon yang mempunyai corong udara untuk mengurangkan kepanasan enjin.

Dalam pada itu, kemasan ruang dalaman dipertingkatkan dengan dilengkapi kerangka keselamatan. Bahagian dalamannya mempunyai stesen berkuasa mudah alih Zero, kit bantuan kecemasan dan tempat duduk Recaro.

Lain-lain kelengkapan termasuk panel suis kustom untuk mengawal sistem lampu dan aksesori Hyundai yang lain seperti pedal sport, sport shifter, tikar pelapik semua cuaca dan lain-lain.

Buat masa ini, ia adalah model konsep sahaja dan tiada maklumat lanjut sama ada jentera itu akan dipasarkan atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan: