X

Kindly register in order to view this article
!

'Khalid sepatutnya positif, bukan kecam'

Noor Hariri Mohamed Noor
A
A

KOTA BHARU – Tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad yang dilihat tidak setuju dengan isi kandungan perhimpunan Kongres Maruah Melayu (KMM) membuktikan beliau seorang yang tidak menitik beratkan hubungan antara kaum.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, ia memperlihatkan juga bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini tidak menyukai apa-apa perkara yang melibatkan penyatuan umat Melayu termasuklah KMM dan Penyatuan Ummah UMNO dan Pas.

“Isu KMM menjadi pertikaian ramai pihak terutamanya di kalangan pemimpin PH yang menyokong DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Khalid sepatutnya lebih positif dengan sebarang gerakan agenda yang menyatukan sesebuah kaum bukannya mengecam dan memberi komen negatif.

“Ini seolah-olah menerima arahan daripada Lim Kit Siang (Penasihat DAP) yang umum tahu beliau seorang yang amat benci kepada orang Melayu dan sedang giat melaksanakan agenda ‘Malaysian Malaysia’ bagi menghapus identiti bangsa di negara ini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya ingin mengingatkan kepada Khalid Samad, walaupun tidak menyokong agenda memperkasakan maruah Melayu, sekurang-kurangnya jangan biarkan diri jadi alat kepada DAP.

Beliau berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga perlu membuat keputusan yang terbaik demi untuk anak bangsa Melayu Islam.

“Dengan senario politik yang berlaku ini, rakyat telah tahu menilai gabungan pihak pembangkang yang banyak menjaga maruah bangsa Melayu bukannya kerajaan PH di bawah DAP, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan Amanah (Parti Amanah Negara),” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus