13 lelaki ditahan dipercayai terbabit judi sabung ayam

No Image Caption
A
A
A

MIRI - Polis menahan 13 lelaki termasuk seorang warga Filipina kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan judi sabung ayam dalam serbuan di sebuah kawasan tanah lapang di Kampung Lusut, Taman Tunku di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, ketika serbuan jam 3.25 petang itu kesemua suspek berusia antara 34 hingga 67 tahun itu bertempiaran melarikan diri sebelum ditahan selepas dikejar anggota polis.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas tiga ekor ayam sabung iaitu dua ekor masih hidup serta seekor telah mati, dua papan untuk catit pertaruhan dan alat penimbang digital,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Langkah-Langkah Pencegahan dan ​​​​​​​Penganiayaan Terhadap Binatang 1962. - Bernama

Artikel Berkaitan: