Gerakan mahu bangkit di Tanjung Piai

Dominic ( depan, sebelah banting) merasmikan pusat operasi Gerakan bagi PRK Tanjung Piai di Taman Utama Pekan Nenas di sini hari ini.
Dominic ( depan, sebelah banting) merasmikan pusat operasi Gerakan bagi PRK Tanjung Piai di Taman Utama Pekan Nenas di sini hari ini.
A
A
A

PONTIAN - Kebangkitan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sebagai parti politik utama di negara ni akan bermula pada Pilihan Raya Kecil ( PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau berkata, penyertaan Gerakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai akan memperlihatkan kekuatan parti itu sebagai antara parti politik utama selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan ( PH).

"Rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi PH sebagai kerajaan yang memerintah manakala BN melalui kerjasama antara UMNO dan Pas sedang menuju ke arah dasar kaum yang dibahagikan.

"Sudah tiba masanya untuk Malaysia mempunyai alternatif di mana kami ( Gerakan) mengalu- alukan tawaran daripada parti politik lain untuk bekerjasama," katanya selepas merasmikan pusat operasi Gerakan bagi PRK Tanjung Piai di Taman Utama di Pekan Nenas hari ini.

Lau juga memberitahu, Gerakan turut meletakkan calon pada PRK Tanjung Piai yang juga anak tempatan

dan pengumuman rasmi akan diadakan di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur esok.

"Gerakan kini bersedia untuk kembali. Kami akan kembali ke akar umbi sebagaimana pembentukan Gerakan pada tahun 1968 iaitu memenangi Pulau Pinang ketika Pilihanraya Umum 1969," katanya.

Difahamkan Gerakan akan meletakkan Timbalan Setiausaha Agungnya Wendy Subramaniam pada PRK Tanjung Piai.

Artikel Berkaitan:

Penamaan calon bagi PRK Tanjung Piai akan berlangsung pada 2 November manakala hari pengundian pada 16 November depan.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42 meninggal dunia pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.