Bayi disuruh minta sedekah dikutuk netizen

Paparan Facebook tular di media sosial.
Paparan Facebook tular di media sosial.
A
A
A

PULAU PINANG - Tular beberapa foto seorang bayi didakwa meminta sedekah di sebuah uptown di sini.

Pengguna Facebook, Sony Pilatus melalui statusnya mendakwa, bayi tersebut ditinggalkan sendirian dalam sebuah kereta sorong bayi dan di hadapannya terdapat sebuah kotak plastik dipercayai tabung derma.

"Gila punya 'parents', senang cari duit, guna anak kecil mai tinggal tengah-tengah hujan untuk minta derma.

"Mak bapa dia hilang tak tahu pergi mana. Kesian budak itu sejuk-sejuk ini," tulisnya.

Perkongsian itu menerima kritikan dan kecaman netizen.

"Ambil tindakan... tengok muka bayi itu macam ketakutan. Allahu," tulis Nurhafizah.

Kata Liza UkoUno, "Allahuakhbar... Jangan buat macam ini... Terdesak macam mana jangan guna anak-anak, kita ni pelindung mereka.

"Besar anak aku je ni, tak tergamak aku nak tengok. Jangan buat macam ni tolong la... " katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada hantaran sama, netizen berharap kanak-kanak itu dibawa ke balai polis kerana bimbang keselamatannya.

"Bawa budak itu ke balai polis, tengok mereka tuntut ke tidak anaknya. Risau itu bukan anak dia je. Sekarang macam-macam sindiket ada.

"Semoga selamat hidupmu wahai anak," kata Nurhazera Azmi.

Perkongsian tersebut mendapat 1,200 tanda suka dan lebih 200 maklum balas.