Tanjung Siam dilanda air pasang besar

Sebuah rumah dinaiki air dalam kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di Kuala Selangor.
Sebuah rumah dinaiki air dalam kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di Kuala Selangor.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Fenomena air pasang besar disusuli hujan lebat mengakibatkan Kampung Tanjung Siam di sini dilimpahi air setinggi 0.5 meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, fenomena itu bermula jam 6 pagi tadi.

Menurutnya, dianggarkan lima kediaman penduduk terkesan dengan limpahan terbabit.

"Pusat Pemindahan akan dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasangan," katanya.

Sehingga jam 8 pagi tadi jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Selangor terus mencatatkan peningkatan apabila seramai 784 mangsa terpaksa dipindahkan akibat bencana itu.

Artikel Berkaitan: