Pelancong Indonesia maut kepala tertusuk besi pembahagi jalan

Kemalangan yang menyebabkan seorang pelancong Indonesia maut.
Kemalangan yang menyebabkan seorang pelancong Indonesia maut.
A
A
A

SERDANG - Seorang pelancong warga Indonesia maut apabila kepalanya tertusuk besi pembahagi jalan dalam satu kemalangan di Kilometer 17.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kejadian berlaku ketika kereta Perodua Alza dinaiki bersama dua lagi individu dari negara sama dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menuju Kuala Lumpur.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 9.13 malam itu turut menyebabkan seorang penumpang wanita berusia 33 tahun cedera manakala pemandu manakala seorang lagi penumpang wanita berusia 19 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Hasil siasatan awal mendapati kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas melanggar besi pembahagi jalan di sebelah kiri. Akibat pelanggaran tersebut besi berkenaan tersusuk di bahagian kepala mangsa yang berada di tempat duduk penumpang sebelah pemandu.

"Mangsa berusia 62 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa dan dua lagi penumpang wanita adalah kenalan di kampung.

Menurutnya, kenderaan terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan: