Dua kereta remuk dihempap pokok

No Image Caption
A
A
A

KLANG - Dua buah kenderaan diletakkan di Block C Apartment Perdana Vila, di sini, remuk dihempap sebatang pokok petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan bagi khidmat khas pokok tumbang itu pada jam 4.41 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas bergegas ke lokasi dan tiba sembilan minit kemudian.

"Pokok terbabit tumbang dan menghempap dua buah kereta masing-masing jenis Proton Persona dan Iswara Aeroback yang diparkir di tempat meletak kenderaan di dalam kawasan apartmen berkenaan.

"Kereta Persona mengalami kerosakan di bahagian cermin belakang dan kemik di bahagian bumbung, manakala kereta Iswara patah cermin sisi dan turut kemik di bahagian bumbung," katanya.

Beliau berkata, anggota bomba memotong pokok menggunakan gergaji rantai dan operasi mengalihkan pokok mengambil masa hampir satu jam.

Artikel Berkaitan: