Sebak terlibat operasi SAR cari rakan sendiri

Hafiz
Hafiz
A
A
A

LIPIS - Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Hashim nyata sebak selepas terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pengarah filem dan drama, Mohd Firdaus Mohd Hanif atau lebih dikenali Pitt Hanif, 43, di Sungai Jelai di sini hari ini.

Menurutnya, dia tidak menyangka akan menyertai operasi bagi menyelamatkan rakannya sendiri.

"Saya untuk operasi sebegini bukan kali pertama, banyak kali tapi untuk kali ini ia lain sikit sebab saya baru habis penggambaran filem dengannya (Allayarham Pitt Hanif) minggu lepas," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Mengulas lanjut Hafiz memberitahu, perkara tersebut juga akan dibawa kepada pihak atasan persatuan bagi untuk tujuan kebajikan ahli keluarga mangsa.

"Saya kena bincang dulu dengan Exco, Presiden kita dan semalam, Exco Kebajikan (Seniman) telah ke rumah ibu (Allahyarham Pitt, Fauziah Nawi) untuk bersama saat-saat getir," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat pengarah filem Pitt Hanif ditemukan

Polis menemui mayat pengarah filem itu pada jam 4.25 petang tadi dalam keadaan terapung kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Mangsa dilaporkan hilang selepas bot fiber yang dinaiki bersama rakan untuk memancing, terbalik berhampiran Jambatan Gemunchur di Sungai Jelai dan pihak berkuasa mula mengaktifkan usaha mencari serta menyelamat selepas menerima laporan pada jam lebih kurang jam 1 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, Firdaus berada di daerah itu bagi menyiapkan penggambaran filem ‘Coast Guard’ yang bermula kira-kira dua bulan lalu.