Pimpinan Pas akan bincang logo Muafakat Nasional: Nasrudin

Nasrudin
Nasrudin
A
A
A

KANGAR - Pimpinan Pas akan mengadakan mesyuarat membincangkan logo Muafakat Nasional yang menggabungkan UMNO dan Pas.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, ada pendapat supaya menggunakan satu logo tetapi Pas akan mengkaji terlebih dahulu keberkesanannya.

"Logo itu bukan muktamad, jadi kita boleh melihat kepada kepentingan kepentingan tertentu," katanya ketika mengulas kesediaan Pas meninggalkan logo bulan yang cukup sinonim dengan parti Islam itu dengan termeterainya Muafakat Nasional.

Sabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran ada kemungkinan Muafakat Nasional akan menggantikan BN pada PRU ke 15.

Muafakat Nasional akan menggabungkan UMNO dan parti komponen BN, Pas dan Gagasan Sejahtera.

Selepas termeterainya Piagam Muafakat Nasional pada 14 September lalu secara rasminya mengaktifkan ‘taawun siyasi’ dua parti itu.

Artikel Berkaitan: