Kerajaan yakin penduduk Kampung Baru setuju tawaran baharu

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Khalid Abdul Samad yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berucap pada majlis ramah mesra dan jamuan rakyat bersama anggota parti di Kampung Pak Madah, Bukit Payung hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

MARANG - [DIKEMASKINI] Tawaran harga RM1,000 bagi setiap satu kaki persegi pembelian tanah yang ditawarkan kepada penduduk Kampung Baru, Kuala Lumpur adalah adil dan sangat baik bagi pembangunan semula kawasan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, beliau meletak sepenuh keyakinan seluruh penduduk di situ akan bersetuju dengan tawaran itu.

"Kita sudah bagi tempoh sehingga hujung November. Berdasarkan respons yang diterima ada yang seronok dan suka. Ada yang tidak suka, biasalah tu.

"Kita nak tengok (keputusan) pemilik dan pewaris. Orang yang tiada kena mengena yang beri komen, itu hak dia. Dia pun bukannya nak beli, bukannya ada kepentingan dan bukan miliknya pun," katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat di Kampung Pak Madah di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kampung Baru: Tawaran RM1,000 kaki persegi masih rendah

Tanah Kampung Baru: Kerajaan tawar RM1,000 sekaki persegi

Khalid berkata, tawaran itu bukan sahaja akan melahirkan ribuan jutawan tapi memastikan orang Melayu mempunyai milikan hartanah dalam skala besar di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

"Kita harap penduduk Kampung Baru akan mampu duduk berbincang dan mencapai persetujuan untuk menerima tawaran itu. Insya-Allah 100 peratus penduduk akan bersetuju dengan tawaran baharu itu," katanya

Khamis lalu, kerajaan mengumumkan harga tawaran baharu pembelian tanah Kampung Baru bernilai RM1,000 bagi setiap satu kaki persegi berbanding RM850 sebelum ini.

Tambahan harga RM150 setiap kaki persegi itu bagaimanapun akan diperolehi dalam bentuk pegangan saham dalam Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang akan ditubuhkan kelak.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah, Khalid Abdul Samad (tiga dari kiri) yang juga Menteri Wilayah Persekutuan beramah mesra dengan anggota parti itu pada majlis ramah mesra dan jamuan rakyat bersama anggota parti di Kampung Pak Madah, Bukit Payung hari ini. Turut hadir Pengerusi Amanah negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah (kiri) dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Azan Ismail (dua dari kiri). - Foto Bernama