Dua hero selesai masalah banjir kilat

Gambar sebelum dan gambar selepas
Gambar sebelum dan gambar selepas
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki dilabel 'hero' apabila berjaya menyelesaikan masalah banjir kilat yang mengganggu aliran trafik di Jalan Genting Kelang. di sini semalam.

Tindakan kedua-duanya itu ternyata mendatangkan hasil apabila memudahkan pengguna jalan raya bergerak ke destinasi masing-masing.

Menerusi satu rakaman video dimuat naik pelayar Twitter, @datininaz, memaparkan dua lelaki sedang membuka lapan penutup lubang saliran longkang bagi memudahkan kadar aliran air terus ke longkang, sekali gus mengurangkan air bertakung di atas jalan raya.

"Hujan lebat, banjir teruk kat Jalan Genting Kelang, banyak kereta sangkut, jadi 'my boys' turun dan tengok apa boleh buat.

"Kalau 'korang' macam terfikir apa yang mereka buat nak selesaikan banjir ni, ini apa yang mereka lakukan dengan membuka lapan lubang sepanjang jalan yang banjir. Tak fikir dah kotor ke jijik," ciapnya.

Katanya, sejurus membuka lapan penutup lubang itu, keadaan banjir kilat di kawasan tersebut kembali surut seperti sedia kala.

"Banjir dan tiada, bangga dengan kamu. Jadi tolong kongsi dan tinggalkan mesej berguna untuk unsung hero ini.

Artikel Berkaitan:

Dua 'hero' berjaya menyelesaikan masalah banjir kilat. - Foto Twitter @datininaz
Dua 'hero' berjaya menyelesaikan masalah banjir kilat. - Foto Twitter @datininaz

"Benda senang tapi tak semua orang ada 'sense' macam ni," katanya.

Dalam pada itu, dia juga mendedahkan kenderaan mereka juga tersangkut dan mati apabila melalui jalan tersebut kerana ketinggian air pada paras 0.3 meter.

"Jujurnya, baru tahu Kuala Lumpur ini bersih, air banjir cuma ada dedaun je," katanya dalam nada berseloroh.

Jelasnya, penutup lubang tersebut agak sempit menyebabkan tidak mampu menampung kapasiti air yang banyak hingga menyebabkan aliran air tersekat.

Perkongsian video berdurasi 12 saat yang cukup bermanfaat itu mendapat 20,100 ulang kicau dan 16,100 tanda suka daripada netizen.

Pada hantaran sama, kata @idadolce, "Seronok tengok benda baik macam ini, contoh viral yang patut viral. Boleh jadi contoh kepada orang lain," ciapnya.

"Ya ALLAH, besar sungguh pahala masing-masing. Teruskan kerja yang bagus ini. Hari ini awak mudahkan urusan orang, esok-esok ALLAH bantu urusan awak pula," kata @fiffiiy pula.