89 mangsa banjir, 16 mangsa ribut di dua PPS di Johor

Keadaan banjir di Kampung Maju Jaya.
Keadaan banjir di Kampung Maju Jaya.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 89 mangsa banjir dan 16 mangsa ribut, masing-masing di Pontian dan Batu Pahat, masih ditempatkan di dua pusat pemindahan di negeri ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, daripada jumlah tersebut, kesemua mangsa banjir terdiri daripada 21 keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya di Pontian setakat jam 4 petang tadi.

Menurutnya, kesemua mangsa adalah dari empat kampung di Parlimen Tanjung Piai iaitu Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Maju Jaya dan Kampung Pak Khalid.

"Di PPS di Batu Pahat iaitu SK Sungai Kajang pula menempatkan mangsa ribut seramai 16 mangsa daripada tiga keluarga," katanya.

Jelasnya, PPS di Batu Pahat masih dibuka kerana kebanyakan rumah mangsa terlibat mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan dikhuatiri mengundang risiko bahaya jika didiami terutama ketika musim hujan ketika ini.

Situasi bencana dipantau agensi berkaitan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan penghulu.

Artikel Berkaitan: